Saturday 28 March 2015

Projek Jagohfarm Sedeli Besar

Projek Jagohfarm di Sedeli Besar adalah satu projek yang berkonsep Agrotourism. Alhamdulillah projek ini telah berjalan lancar walaupun agak mengesot seperti siput. Perancangan pembangunan 5 tahun ini baru sahaja mencapai 10% kemajuannya. Antara perancangan kami didalam projek ini adalah pembinaan reban utama sebanyak 2 blok, pembinaan reban lapangan utk pembesaran ayam, pembinaan blok bangunan operasi, pembinaan chalet, penanaman pokok buah-buahan dan aktiviti sokongan seperti pembiakan burung dan madu kelulut.
Pada peringkat ini kami sudah mula memindahkan ayam-ayam kami secara berperingkat mengikut prasarana yang telah siap. Anak-anak muda mula dipindahkan dahulu untuk tujuan pembesaran. Semoga projek ini akan berjaya berkat sokongan anda semua. Terima Kasih.
Sebarang pertanyaan SMS @ Wsaap sy di talian :-  0137116301


 Blok Reban Utama yang telah siap struktur bawah, hanya tinggal pembinaan bumbung.
anak-anak Sedeli pada bulan April

Payao 5x mula memasuki banglo baru

White Panus bersama ibu Carabao

Handsome Guy dengan ibu Pakoy 

 Kawasan Reban Lapangan untuk pembesaran anak muda dibawah naungan pokok kelapa sawit

 Aktiviti di JF Sedeli

Security Guard


Wakaf tempat berehat

Pondok Sentry