Thursday 17 January 2013

BENZ - Bangkok TKO

Jika anda masih ingat Jagoh ini kepunyaan Mr Benz anak kepada Mr Chak Da dari Bangkok. Jagoh ini ayam kesayangan Mr Benz kerana Buah Patah TKO nya yang hebat. Menurutnya hampir 25tahun dia berkecimpung didalam sukan laga ayam, dia x pernah jumpa Jagoh sehebat ayam kesayangannya ini. Pada trip saya ke Bangkok yang lepas, puas saya mengecek untuk membawa balik ayam ini ke JF tetapi tidak diberinya. Kerana sayangnya Mr Benz kepada Jagohnya ini dia tidak sanggup untuk menjualnya, tetapi Jagoh ini telah dihadiahkan kepada Jagohfarm atas dasar persahabatan kami. Champions 7x ini mempunyai buah TKO yang hampir kesemua musuhnya tumbang dalam masa tidak lebih 2 air dengan senjatanya itu. Saiz 3.4kg, Umur dalam 18bln amat ideal untuk Pembaka yang produktif. Selamat datang ke Jagohfarm kepada Bangkok TKO..
BENZ Bangkok TKO - Champions 7x ini darah Pama+Segon+Pakoy

Wednesday 9 January 2013

Panglima JF

Seekor lagi Jagoh terbilang yang bakal mewarnai reban JF. Panglima JF ini dari keturunan Balong Berlobang dari Chiangmai. Ayam ini telah menjadi juara 5x diarena besar dengan kemenangan hanya di dalam 1 air dan yang terakhir 2 air shj.
Jagoh ini membawa aura karisma yang tinggi sebagai seekor Pahlawan Terbilang. Oleh itu JF memberi gelaran Panglima kpadanya..
Panglima JF
Sisek Denai yang menyimpan rahsia..

Kami bercadang untuk menjadikan Panglima JF ini sebagai antara koleksi terbaik JF dan kami belum bercadang untuk menjualnya. Harap maklum...



Tuesday 1 January 2013

Pembaka Baru JF

JF ingin memperkenalkan Pembaka baru kami edisi 2013. Terdiri dari Jagoh-jagoh terhebat pilihan dari farm-farm besar di Thailand. Insy kalau ada rezeki anak-anak dari Pembaka ini akan mula dipasarkan pada bulan Jun nanti. Selamat berkenalan..

Eche Bulu Tina 5x
 Eche Bulu Tina 5x -  Darah Pama+Saigon telah memegang rekod 5x Champions. Permainan sepak depan dan serong, kaki karen pukul body dan kepala. Sedang menyulam bulu, Umur 14bln++, Saiz 3.4kg.

Saigon TANK
 Saigon TANK 3x - Darah Saigon 100% ini telah memegang rekod 3x Champions. Kebal seperti kereta tank, rempuh rapat dengan pukulan karen buah patah pinggang. Umur 18bln, Saiz 4.2kg

Red Magon 9x
Red Magon bersama Ibu PamaBrazil
 Red Magon 9x -  Darah Pama+Saigon telah memegang rekod 9x Champions. Permainan reverse dan lau sepak. Pukul tepat ada buah dan mencari mata serta muncung. Sedang menyulam bulu, Umur 14bln++, Saiz 3.0kg.
Pakoy 8x

Ara Pakoy bersama ibu anak TKO19x (Sitam) dan Nakhon Sawan (Coklat)
 Ara Pakoy 8x -  Darah Pama+Pakoy+Thai ini telah memegang rekod 8x Champions. Permainan tempur rapat, selam dan ketip body. Kaki berat pukul body dan pangkal leher.

Green Hornet 4x

 Green Hornet -  Darah Pama+Saigon bulu betina ini telah memegang rekod 4x Champions. Permainan ala Pama, sepak depan dan body serta tekak. Jenis kaki karen pukul body membuat musuh lemah tubuh. Sedang menyulam bulu, Umur 14bln, Saiz 3.2kg