Friday 15 March 2013

Ayam Cantek


Jagoh Puteh 
 Jagoh Puteh - Juara Ayam Cantek. Kepada yang ingin memilikinya klikk!!! pada link di bawah :-

Tuesday 5 March 2013

Sawadee Kap Chiangmai

Pada 21hb Februari yang lalu saya telah ke Chiangmai berjalan makan angin sambil berjumpa dengan rakan lama disana. Chiangmai terkenal dengan pusat pelancongan yang memperkenalkan produk pelancongan alam semulajadinya yang tenang dan indah. Tidak sibuk seperti di Bangkok dan amat sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Bagi kaki ayam pula Chiangmai terkenal dgn ayam batang kaki berdarah Pama. Banyak Champion2 ayam batang kaki berasal dari Chiangmai terutama ayam berdarah Pama. Trip kali ini lebih kepada beriadah sahaja dan pergerakan ke farm2 ayam agak terbatas memandangkan masa yang agak singkat. Walaubagaimanapun saya sempat juga melawat farm2 ayam sabung yang kebanyakannya Jagoh mereka terdiri dari darah Pama. Ikuti Trip saya ke Chiangmai..


Trip kali ni kena bawak body guard - Failed..

 Anak sulong saya dan sepupunya ditugaskan menjaga saya..

Sedapnya ayam ni kalo dapat ngappp..

  Aku back kick ni kang.. main ekor aku plak

Nak keraskan leher ayam pakai bendalah ni..

Ehemmm.. macam pinang di belah dua..

Kalo ke Chiangmai cari Cock Fighting Center ni..

Mr Chai owner CFC. Setiap hari Selasa ada Bon kat sini.

Test power..

Lau jauh.. dah 3x menang..

Cuci dulu

Tak susah nak makan kat Chiangmai, banyak restoran Islam

 Mr Oaps hardcore sabung ayam di Chiangmai

Pama Lau 3x Champions..

Lari sepak

Set masa 

 Datang awal sangat, orang belum datang lagi. Bon hari Jumaat.. 

 Warming up..

 Malam layan Tomoy, semua game mlm tu Knock Out

 Mr Oaps ayam dia dasyat gak tapi banyak saiz kecik

 Round naik tut tut

Tempahan khas dari Chiangmai


Saturday 2 March 2013

Premium VVIP Fighters

Kami ingin memperkenalkan Jagoh-jagoh terbaru kami dari ketegori Jagoh Premium VVIP yang di klass berdasarkan rekod cemerlangnya berlaga besar dalam tempoh yang singkat. Jagoh-jagoh ini masih dalam game iaitu masih boleh berlaga. Kami bercadang untuk menjadikan Jagoh-jagoh ini sebagai Pembaka Pelapis sekiranya ia tidak berpindah tangan. Sangat Ideal sebagai pembaka kerana ia terdiri dari bangsa darah yang tinggi, mempunyai rekod yang cemerlang dan mempunyai fizikal yang mantap.

Tyson 6x KO
 Tyson 6x KO - Jagoh ini berdarah Saigon+Pakoy+Thai telah menang 6x dengan rekod cemerlang knock out tidak sampai 2 air kesemua gamenya. Permainan tempur, super lock dan ketip body jenis godam belakang dan pukul pangkal leher. Saiz 3.9kg, Umur 16bulan. Berasal dari Chiangmai, Thailand.
SOLD!!!

 Toun 2x KO
  Toun 2x KO - Jagoh ini berdarah Saigon+Pakoy+Thai telah menang 2x dengan rekod cemerlang knock out tidak sampai 2 air didalam gamenya. Permainan tempur, super lock dan ketip body dengan kaki karen. Saiz 3.6kg, Umur 16bulan. Berasal dari Chiangmai, Thailand.
SOLD!!!

 Kelabu 3x KO - Jagoh ini berdarah Saigon+Pakoy+Thai telah menang 3x dengan rekod cemerlang knock out dalam2-3 air didalam gamenya. Permainan ganas dengan tempur, super lock, kilas dan serong yang baik, jenis kaki karen. Saiz 3.6kg, Umur 14bulan. Berasal dari Trad, Thailand. Jenis taji gosi dan mempunyai keistimewaan boleh mandi sendiri seperti burung..
SOLD!!!