Wednesday 26 December 2012

TKO 19x Mencari Tuan Baru

Jaguh Terunggul - TKO 19x untuk dujual. Dengan berat hati JF terpaksa mencari tuan baru bagi TKO 19x ini kerana ia sudah kurang produktif. Mungkin atas faktor umur dan terlalu banyak gamenya yang lalu, bakanya amat sukar untuk didapati sekarang. Peratusan telur yang menetas amat sedikit hanya 30% dan kekadang tidak menetas langsung. Dari segi kesihatannya amat baik tiada masalah @ sakit mahupun bobol atau sebagainya. Amat cergas dan aktif, berkokok dengan garang. Mungkin ia mahu berpindah tuan dan kalau rezeki anda baik ia akan menjadi ditangan anda. Kalau ada kawasan yang berumput, kampung dan dilepas bebas mungkin ia akan mula produktif semula.

TKO 19x ini rekodnya amat hebat dengan buah patah besarnya yang tidak terkalah. Pantang sekali jika musuh bagi sakit padanya, memang padah lah yang menanti kerana buah patah besarnya akan keluar kalau dia merasa sakit dan geram. Kemenangan dalam 1-3air sahaja dengan kesemua kemenangan knock out. Buah patahnya boleh keluar berturut  (Triple Knock Out).

Kepada yang berminat bolehlah memilikinya dengan hantaran maskahwinnya RM3500.00 TUNAIIII..... dengan syarat bakal tuan barunya sudah mengira akan risiko yang perlu ditanggung seperti yang telah kami jelaskan. Kalau tiada siapa yang sanggup biarlah ia di JF menjadi Pembaka Utama walaupun kurang produktivitinya. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.....


TKO 19x gambar terkini
SOLD!!!
Akhirnya TKO 19x telah menemui tuan barunya. Saya ucapkan selamat kepada En. Fadhil dan Jagoh TKO 19x semoga ia dapat membiakkan darah jagoh terunggul ini dengan lebih berjaya. Terima Kasih.

The Greatest of Payao Killers

Penghulu Reban JF - Payao Killers telah hampir 2 tahun setengah berada di JF sebagai Pembaka Utama kami. Umurnya sekarang sudah hampir mencecah 4 tahun. Alhamdulillah ia masih gagah dan masih aktif. Banyak anak-anaknya yang telah menjadi juara disini dan kebanyakannya menang pantas dalam 1-2air sahaja. Bakanya mempunyai pukulan yang cukup padu dan tepat yang selalu membuat musuhnya hilang jalan dan tersungkur dengan buah tikam telinga dan buah patahnya. Ada anak-anaknya yang mempunyai jalan permainan yang biasa sahaja tetapi kalau memukul musuhnya tak tahan dengan kakinya.

Rekodnya yang sukar ditandingi dengan 6x menang kesemuanya dalam 1 air dan telah membunuh 3x gunya pada game-game terakhirnya. Jalan permainannya kontrol game tetapi kalau kena kakinya musuh akan hilang jalan dan apabila kepala musuhnya turun sahaja kebawah ketika itulah buah maut tikam telinganya keluar. PK ini adalah ayam batang kaki balut tetapi tunggul taji yang dibalut dengan plaster itulah yang menikam telinga yang selalu membuat musuhnya maut dengan keluar darah dihidung. PK ini tidak lokek baka, anak-anaknya banyak yang menjadi dan berbakat sebagai seekor Champion. Mudah-mudahan panjang umurnya dan terus aktif menurunkan bakanya di JF.. Our Greatest of Payao Killers.
 Payao Killers - Penghulu Reban, 6x menang dengan rekod 3x bunuh musuh dalam bon.
 Tetap segak dan gagah dengan umurnya sekarang yang hampir mencecah 4tahun.

Payao Killers

Nota : Jagoh ini bukan untuk dijual selamanya..

Saturday 22 December 2012

JF Transit Farm JB

Sejak 2006 lagi JF telah bergiat aktif di dalam bidang penternakan dan di tapak inilah kami telah memulakannya. Bermula dengan Pet Shop dan kini kami lebih menumpukan kepada penternakan ayam sepenuhnya. Alhamdulillah kini kami semakin berkembang dan tapak asal ini sudah tidak sesuai untuk pusat ternakan kami lagi. Oleh itu tapak ini sekarang kami jadikan Transit Farm untuk ayam-ayam kami yang baru masuk dan untuk jualan ayam sahaja. Untuk menampung kegiatan ternakan kami yang semakin bertambah, kami telah membuka satu  lagi ladang baka, khas untuk pembakaan dan pembesaran anak ayam sahaja. Untuk memasarkan produk, kami akan memindahkannya  ke sini - JF Transit Farm JB.

Disini juga kami telah membuka kedai yang menjual ubat dan peralatan ayam serta produk kami yang lain. Bagi kawan-kawan yang berdekatan yang pernah berkunjung ke kedai kami dahulu, mungkin ada yang tidak tahu bahawa kani telah memindahkan muka kedai kami sekarang melalui Taman Bunga Ros. Jika anda hendak ke kedai kami anda perlu mengikut dari Tmn Bunga Ros. Jangan marah kalau anda mendapati kedai kami ini selalu tutup, memang kami sentiasa menutup pintu kedai dan hanya membukanya sekiranya anda menghubungi saya dahulu atau berikan salam sekuat hati anda.... Nanti pintu akan terbuka dengan sendirinya macam gua Ali Baba. Kepada orang jauh, sebaiknya  hubungi saya dahulu jika hendak melawat reban usang kami ini.... Selamat Datang ke JF Transit Farm JB.

Muka kedai kami di JF Transit Farm JB
Kena menyeberang sungai, kalau dulu kena pakai feri..
Keadaan dalaman kedai JF
Menjual produk kami..
Bon, Kotak, Ayam dsb
Tongkat Ali, Sangkar Antik, Baju Cap Ayam..
Jagoh-jagoh JF
Penunggu JF - Salleh Komando
Bahagian Jagoh-Jagoh JF
Bangsal Induk kami 

Thursday 20 December 2012

Pembaka Pama Ori - Lau San

Jalak Lau San 4x
Jalak Pama Lau San - Jagoh darah Pama Ori ini telah memegang rekod 4x Champions. Sekarang sedang jatuh bulu dan amat sesuai untuk dijadikan Pembaka sementara menunggu bulunya penuh untuk memasuki arena semula. Saiz 3.0kg, Umur 13bln.
Harga : RM 2000 termasuk penghantaran di Sem Malaysia.

Jalak Lau San Game

Tuesday 11 December 2012

Cemani Bulu Landak

Pelik tapi benar, Cemani Bulu Landak - Ingin mengetahui ceritanya lebih lanjut sila layari JF2013 Eksotik dengan KLIK!!! pada gambar ayam hutan disebelah...

Thursday 6 December 2012

Pembaka Baru JF

Jagohfarm telah membawa masuk 2 ekor Jagoh Import yang masing-masingnya telah mencipta rekod 7x Champions di arena besar di Thailand. Berasal dari Farm besar di Payao dan akan menjadi Pembaka baru di JF.

Kelabu Comodor
 Kelabu Comodor - Darah Pama+Saigon+Brazil ini telah memegang rekod 7x Champions. Jenis kaki bisa pukul body membuat musuh lemah tubuh, hilang semangat bertarung.  Kesemua gamenya di arena besar di Thailand dengan betting yang tinggi. Sedang menyulam bulu, Umur 14bln, Saiz 3.7kg. Bakal menjadi pembaka baru di JF.  Kepada yang berminat dengan Jagoh ini boleh lah juga coba-coba meminang bertanyakan hantarannya.                  SOLD!!!


PB Berret 7x
 PB Berret 7x - Darah Pama+Brazil ini telah memegang rekod 7x Champions. Permainan ala Pama dengan pukulan tepat dan buah tikam telinga. Kesemua gamenya di arena besar di Thailand dengan betting yang tinggi. Umur 14bln, Saiz 3.2kg. Bakal menjadi pembaka baru di JF. Kepada yang berminat dengan Jagoh ini boleh lah juga coba-coba meminang bertanyakan hantarannya.    SOLD!!!

 Pit Bull 3X
 Pit Bull 3x - Darah Saigon+Pakoy+Thai ini telah memegang rekod 3x Champions. Permainan tempur jalan selam ketip & pukul body. Antara Jagoh terbaik dari Farm Trat Mr Chak Da. Umur 13bln, Saiz 3.1kg. Bakal menjadi pembaka baru di JF. Kepada yang berminat dengan Jagoh ini boleh lah juga coba-coba meminang bertanyakan maskahwinnya.              SOLD!!!