Sunday 27 July 2014

Salam Aidilfitri dari Jagohfarm


Jagohfarm mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan anda semua kpd JF. Alhamdulillah JF sehingga kini masih lagi terus kukuh. InsSaaAllah selepas raya ini JF akan memulakan projek pembinaan Farm baru kami di atas tanah berkeluasan 3ekar yang terletak di Sedeli Besar, Kota Tinggi . Kami akan mendaftar dengan Jabatan Veterina untuk memulakan langkah yang lebih luas didalam bidang ternakan. Konsep Agritourism yang akan kami terapkan di Farm kami nanti membolehkan peminat semua melawat Farm kami sambil beriadah. Sedeli Besar adalah salah satu destinasi percutian yang indah di Negeri Johor. Semoga usaha kami ini akan mendapat sokongan yang berterusan dari anda semua.
Sempena Hari Kemenangan ini saya pemilik JF ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaaf sekiranya ada salah dan silap saya dIsepanjang perkenalan kita.
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN dari JAGOHFARM

Progress Kerja Projek Jagohfarm
  Block A, Ground Beam - 28/9/2014 

                                                  Block B, Dinding batu block - 28/9/2014

  Pemasangan Tiang Pagar Perimeter - 16/7/2014

 Tanaman asal Pokok Kelapa Sawit sebelum ditebang/tolak - 16/7/2014

 Kerja pembersihan tapak projek telah dijalankan selepas cuti raya - 6/8/2014

SEDILI BESAR 
Sedeli Besar adalah sebuah perkampungan nelayan traditional yang terletak di dalam daerah Kota Tinggi, Johor. Pantainya cantik dan masih belum tercemar. Penduduknya ramah dan terdapat pelbagai makanan tradisional disini dan antara yang terkenal adalah Mee Rebus Sedili yang saya rasa belum terdapat dimana-mana.. Jika nak tahu rasa dan kelainannya kenalah datang ke Sedeli Besar. 
Disini juga terkenal dengan Syurga Memancing bagi kaki pancing. Memancing laut dalam, jeti, pantai, teluk berbatu, kuala, malah port udang galah juga ada disini.  Bagi kaki memikat pula... disini memang port terbaik untuk burung terkukur dan merbuk. Burung sini cepat form..
Silalah datang ke Sedeli Besar...
 
 Pemandangan Indah di Sedeli Besar

Saturday 21 June 2014

Saigon F1

 Hari ini JF telah menerima 2 ekor lagi Saigon F1 untuk menyerikan lagi farm kami. Salah seekor Jagoh ini adalah dari Farm yang terbesar dan tersohor di Thailand iaitu dari CP Farm dimana produk mereka memang amat disegani di Thailand. Farm bertaraf antarabangsa dimana baka-baka luar mereka dapatkannya terus dari negara asal dan dari kelas yang tertinggi. Bagi ayam yang berkelas Premium mereka mengeluarkan sijil baka dari farm mereka.
Seekor lagi saigon kami adalah Jagoh 3x Champions yang dibawa masuk dari Vietnam melalui Laos dan bermastautin di Udonthani. Memenangi 2x game nya di Laos dan 1x di Thailand dan kini menjadi warga Jagohfarm.
Kedua2 ekor Jagoh kekar ini mempunyai gaya yang lebih kurang sama iaitu pukul body penghancur tulang... 

CP F1 - Darah Saigon 100% F1, 11 bln, 3.5kg. Masih belum memenangi sebarang kejuaraan.

Laos F1 - Darah Saigon 100% F1, pemegang rekod 3x Champions. 3,2kg ,12 bulan.

CP & Laos - Bodyguard Jagohfarm

Friday 20 June 2014

Baka Robocock 500k

IQ Robocock - Jagoh hebat dengan rekod kemenangan terbesar 500,000THB, Bapa kepada anak ayam dibawah
c
Untuk keterangan lanjut sila Klikk !!! pada LINK dibawah :-

Sunday 25 May 2014

Perginya Seekor Wira

Payao Killers 2008 - 2014
Perginya seekor wira, pergi yang sukar untuk dicari ganti Penghulu Reban JF - Payao Killers. Dengan rekod cemerlang pemegang rekod 6 kali kemenangan dengan 3 kali rekod bunuh ayam. Kesemua gamenya tidak sampai 1 air. Mempunyai pukulan maut tikam telinga yang konsisten di setiap gamenya. Tetapi apa yang saya respek pada Jagoh ini adalah dia tidak lokek baka, dimana anak-anak dia kebanyakannya mempunyai bakat pukulan yang sama dengannya. 
Payao Killers telah pergi kerana sakit tua dimana anggaran umurnya telah mencapai 7-8 tahun. Kepada kawan-kawan secara rasminya kami ingin mengumumkan bahawa tiada lagi anak Payao Killers lagi selepas ini dan kalau ada pun hanya baka dari darah anak betinanya sahaja.

Tuesday 8 April 2014

Lelong ! Lelong Kotak Kayu....

Lelong! Lelong! Lelong!!!! Jualan penghabisan stok kotak kayu ayam... RM25 sebuah sahaja. Cepat sementara stok masih ada..

Harga tidak termasuk penghantaran. Tambahan RM10.00-RM30.00 bergantung kpd LOKASI penghantaran.

Wednesday 22 January 2014

Induk Betina Pilihan

 Pama IQ

 PakGon

MaGon
 JF telah membuka satu lagi ruang untuk peminat-peminat semua mencari Induk betina dari baka
terbaik di Thailand mahupun dari baka JF sendiri. Untuk keterangan lanjut sila lawati Galeri Jualan Ayam JF atau anda boleh KLIK !!! pada Link dibawah :-
GALERI JUALAN AYAM JF http://jf2013galeri.blogspot.com/

Wednesday 15 January 2014

Penghantaran Ayam ke Sabah



Berita Baik bagi peminat-peminat di Sabah !!! Sekarang kami akan membuat penghantaran ayam ke Labuan pada setiap bulan. Pesanan / Order boleh dibuat dan tarikh penghantaran akan diberitahu kelak. 
Penghantaran hanya sehingga ke Labuan shj. Kos penghantaran sebanyak RM650 termasuk Tambang Pesawat dan Urusan Permit.

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi saya di talian 0137116301.

Nota : 1.Urusan penghantaran ini hanya untuk pembelian ayam di Jagohfarm shj.
           2. Penghantaran ke Labuan menggunakan perkhidmatan Kapal Terbang

Jadual Penghantaran Terkini : Pertengahan April 2014 - bergantung kepada pesanan

Tuesday 7 January 2014

Penghulu Reban JF - Payao Killers

Sudah agak lama JF tidak update status terkini Penghulu Reban kami - Payao Killers. Alhamdulillah PK masih sihat dan masih produktif bersama kami. Berusia hampir 7tahun pd tahun ini, masih gagah dan sihat. Sekarang JF masih menurunkan bakanya dengan srikandi pilihan.
Payao Killers  - 6x Champs dgn rekod 3x bunuh ayam didalm Bon.

 Tok penghulu bersama ibu pilihan

Bertina Bisa Putih dan XC 1000 Volt. 
Ibu Bisa Putih ini bapanya juga mempunyai rekod 5x bunuh ayam didalam bon dan erasal dari Udonthani, terkenal dengan kaki bisanya dan betina XC 1000 Volt adalah baka X Carabao yang kami ambil dari Mr Rapee Phatt di Thailand yang terkenal dengan buah karen body dan kaki bisa.