Wednesday, 26 June 2013
Jeneral - Pembaka Baru Jagohfarm
Baru-baru ini Jagohfarm telah menerima seekor lagi Pembaka baru - The Jeneral. Champions 7x ini adalah baka dari 3darah Saigon+Thai+Pakoy. Permainan tempur super lock, pukul body dan mempunyai buah patah besar. Pukulan Pangkong body nya banyak menyebabkan musuhnya hilang upaya utk meneruskan perlawanan. Selamat berkenalan dengan pembaka baru kami ini..
Monday, 6 May 2013
Anak Bangkok Gosi TKO
Anak Bangkok Gosi TKO !!!! Lawati Galeri Jualan Ayam JF dengan klikk!!! pada link ini : http://jf2013galeri.blogspot.com/
Friday, 15 March 2013
Ayam Cantek
Jagoh Puteh
Jagoh Puteh - Juara Ayam Cantek. Kepada yang ingin memilikinya klikk!!! pada link di bawah :-
Tuesday, 5 March 2013
Sawadee Kap Chiangmai
Pada 21hb Februari yang lalu saya telah ke Chiangmai berjalan makan angin sambil berjumpa dengan rakan lama disana. Chiangmai terkenal dengan pusat pelancongan yang memperkenalkan produk pelancongan alam semulajadinya yang tenang dan indah. Tidak sibuk seperti di Bangkok dan amat sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Bagi kaki ayam pula Chiangmai terkenal dgn ayam batang kaki berdarah Pama. Banyak Champion2 ayam batang kaki berasal dari Chiangmai terutama ayam berdarah Pama. Trip kali ini lebih kepada beriadah sahaja dan pergerakan ke farm2 ayam agak terbatas memandangkan masa yang agak singkat. Walaubagaimanapun saya sempat juga melawat farm2 ayam sabung yang kebanyakannya Jagoh mereka terdiri dari darah Pama. Ikuti Trip saya ke Chiangmai..
Trip kali ni kena bawak body guard - Failed..
Anak sulong saya dan sepupunya ditugaskan menjaga saya..
Sedapnya ayam ni kalo dapat ngappp..
Aku back kick ni kang.. main ekor aku plak
Nak keraskan leher ayam pakai bendalah ni..
Ehemmm.. macam pinang di belah dua..
Kalo ke Chiangmai cari Cock Fighting Center ni..
Mr Chai owner CFC. Setiap hari Selasa ada Bon kat sini.
Test power..
Lau jauh.. dah 3x menang..
Cuci dulu
Tak susah nak makan kat Chiangmai, banyak restoran Islam
Mr Oaps hardcore sabung ayam di Chiangmai
Pama Lau 3x Champions..
Lari sepak
Set masa
Datang awal sangat, orang belum datang lagi. Bon hari Jumaat..
Warming up..
Malam layan Tomoy, semua game mlm tu Knock Out
Mr Oaps ayam dia dasyat gak tapi banyak saiz kecik
Round naik tut tut
Tempahan khas dari Chiangmai
Saturday, 2 March 2013
Premium VVIP Fighters
Kami ingin memperkenalkan Jagoh-jagoh terbaru kami dari ketegori Jagoh Premium VVIP yang di klass berdasarkan rekod cemerlangnya berlaga besar dalam tempoh yang singkat. Jagoh-jagoh ini masih dalam game iaitu masih boleh berlaga. Kami bercadang untuk menjadikan Jagoh-jagoh ini sebagai Pembaka Pelapis sekiranya ia tidak berpindah tangan. Sangat Ideal sebagai pembaka kerana ia terdiri dari bangsa darah yang tinggi, mempunyai rekod yang cemerlang dan mempunyai fizikal yang mantap.
Tyson 6x KO
Tyson 6x KO - Jagoh ini berdarah Saigon+Pakoy+Thai telah menang 6x dengan rekod cemerlang knock out tidak sampai 2 air kesemua gamenya. Permainan tempur, super lock dan ketip body jenis godam belakang dan pukul pangkal leher. Saiz 3.9kg, Umur 16bulan. Berasal dari Chiangmai, Thailand.
SOLD!!!
Toun 2x KO
Toun 2x KO - Jagoh ini berdarah Saigon+Pakoy+Thai telah menang 2x dengan rekod cemerlang knock out tidak sampai 2 air didalam gamenya. Permainan tempur, super lock dan ketip body dengan kaki karen. Saiz 3.6kg, Umur 16bulan. Berasal dari Chiangmai, Thailand.
SOLD!!!
SOLD!!!
Thursday, 17 January 2013
BENZ - Bangkok TKO
Jika anda masih ingat Jagoh ini kepunyaan Mr Benz anak kepada Mr Chak Da dari Bangkok. Jagoh ini ayam kesayangan Mr Benz kerana Buah Patah TKO nya yang hebat. Menurutnya hampir 25tahun dia berkecimpung didalam sukan laga ayam, dia x pernah jumpa Jagoh sehebat ayam kesayangannya ini. Pada trip saya ke Bangkok yang lepas, puas saya mengecek untuk membawa balik ayam ini ke JF tetapi tidak diberinya. Kerana sayangnya Mr Benz kepada Jagohnya ini dia tidak sanggup untuk menjualnya, tetapi Jagoh ini telah dihadiahkan kepada Jagohfarm atas dasar persahabatan kami. Champions 7x ini mempunyai buah TKO yang hampir kesemua musuhnya tumbang dalam masa tidak lebih 2 air dengan senjatanya itu. Saiz 3.4kg, Umur dalam 18bln amat ideal untuk Pembaka yang produktif. Selamat datang ke Jagohfarm kepada Bangkok TKO..
BENZ Bangkok TKO - Champions 7x ini darah Pama+Segon+Pakoy
BENZ Bangkok TKO - Champions 7x ini darah Pama+Segon+Pakoy
Wednesday, 9 January 2013
Panglima JF
Seekor lagi Jagoh terbilang yang bakal mewarnai reban JF. Panglima JF ini dari keturunan Balong Berlobang dari Chiangmai. Ayam ini telah menjadi juara 5x diarena besar dengan kemenangan hanya di dalam 1 air dan yang terakhir 2 air shj.
Jagoh ini membawa aura karisma yang tinggi sebagai seekor Pahlawan Terbilang. Oleh itu JF memberi gelaran Panglima kpadanya..
Jagoh ini membawa aura karisma yang tinggi sebagai seekor Pahlawan Terbilang. Oleh itu JF memberi gelaran Panglima kpadanya..
Panglima JF
Sisek Denai yang menyimpan rahsia..
Kami bercadang untuk menjadikan Panglima JF ini sebagai antara koleksi terbaik JF dan kami belum bercadang untuk menjualnya. Harap maklum...
Subscribe to:
Posts (Atom)

























