Sunday 25 May 2014

Perginya Seekor Wira

Payao Killers 2008 - 2014
Perginya seekor wira, pergi yang sukar untuk dicari ganti Penghulu Reban JF - Payao Killers. Dengan rekod cemerlang pemegang rekod 6 kali kemenangan dengan 3 kali rekod bunuh ayam. Kesemua gamenya tidak sampai 1 air. Mempunyai pukulan maut tikam telinga yang konsisten di setiap gamenya. Tetapi apa yang saya respek pada Jagoh ini adalah dia tidak lokek baka, dimana anak-anak dia kebanyakannya mempunyai bakat pukulan yang sama dengannya. 
Payao Killers telah pergi kerana sakit tua dimana anggaran umurnya telah mencapai 7-8 tahun. Kepada kawan-kawan secara rasminya kami ingin mengumumkan bahawa tiada lagi anak Payao Killers lagi selepas ini dan kalau ada pun hanya baka dari darah anak betinanya sahaja.