Sunday, 27 July 2014

Salam Aidilfitri dari Jagohfarm


Jagohfarm mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan anda semua kpd JF. Alhamdulillah JF sehingga kini masih lagi terus kukuh. InsSaaAllah selepas raya ini JF akan memulakan projek pembinaan Farm baru kami di atas tanah berkeluasan 3ekar yang terletak di Sedeli Besar, Kota Tinggi . Kami akan mendaftar dengan Jabatan Veterina untuk memulakan langkah yang lebih luas didalam bidang ternakan. Konsep Agritourism yang akan kami terapkan di Farm kami nanti membolehkan peminat semua melawat Farm kami sambil beriadah. Sedeli Besar adalah salah satu destinasi percutian yang indah di Negeri Johor. Semoga usaha kami ini akan mendapat sokongan yang berterusan dari anda semua.
Sempena Hari Kemenangan ini saya pemilik JF ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaaf sekiranya ada salah dan silap saya dIsepanjang perkenalan kita.
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN dari JAGOHFARM

Progress Kerja Projek Jagohfarm
  Block A, Ground Beam - 28/9/2014 

                                                  Block B, Dinding batu block - 28/9/2014

  Pemasangan Tiang Pagar Perimeter - 16/7/2014

 Tanaman asal Pokok Kelapa Sawit sebelum ditebang/tolak - 16/7/2014

 Kerja pembersihan tapak projek telah dijalankan selepas cuti raya - 6/8/2014

SEDILI BESAR 
Sedeli Besar adalah sebuah perkampungan nelayan traditional yang terletak di dalam daerah Kota Tinggi, Johor. Pantainya cantik dan masih belum tercemar. Penduduknya ramah dan terdapat pelbagai makanan tradisional disini dan antara yang terkenal adalah Mee Rebus Sedili yang saya rasa belum terdapat dimana-mana.. Jika nak tahu rasa dan kelainannya kenalah datang ke Sedeli Besar. 
Disini juga terkenal dengan Syurga Memancing bagi kaki pancing. Memancing laut dalam, jeti, pantai, teluk berbatu, kuala, malah port udang galah juga ada disini.  Bagi kaki memikat pula... disini memang port terbaik untuk burung terkukur dan merbuk. Burung sini cepat form..
Silalah datang ke Sedeli Besar...
 
 Pemandangan Indah di Sedeli Besar