Wednesday 26 December 2012

The Greatest of Payao Killers

Penghulu Reban JF - Payao Killers telah hampir 2 tahun setengah berada di JF sebagai Pembaka Utama kami. Umurnya sekarang sudah hampir mencecah 4 tahun. Alhamdulillah ia masih gagah dan masih aktif. Banyak anak-anaknya yang telah menjadi juara disini dan kebanyakannya menang pantas dalam 1-2air sahaja. Bakanya mempunyai pukulan yang cukup padu dan tepat yang selalu membuat musuhnya hilang jalan dan tersungkur dengan buah tikam telinga dan buah patahnya. Ada anak-anaknya yang mempunyai jalan permainan yang biasa sahaja tetapi kalau memukul musuhnya tak tahan dengan kakinya.

Rekodnya yang sukar ditandingi dengan 6x menang kesemuanya dalam 1 air dan telah membunuh 3x gunya pada game-game terakhirnya. Jalan permainannya kontrol game tetapi kalau kena kakinya musuh akan hilang jalan dan apabila kepala musuhnya turun sahaja kebawah ketika itulah buah maut tikam telinganya keluar. PK ini adalah ayam batang kaki balut tetapi tunggul taji yang dibalut dengan plaster itulah yang menikam telinga yang selalu membuat musuhnya maut dengan keluar darah dihidung. PK ini tidak lokek baka, anak-anaknya banyak yang menjadi dan berbakat sebagai seekor Champion. Mudah-mudahan panjang umurnya dan terus aktif menurunkan bakanya di JF.. Our Greatest of Payao Killers.
 Payao Killers - Penghulu Reban, 6x menang dengan rekod 3x bunuh musuh dalam bon.
 Tetap segak dan gagah dengan umurnya sekarang yang hampir mencecah 4tahun.

Payao Killers

Nota : Jagoh ini bukan untuk dijual selamanya..