Disini juga kami telah membuka kedai yang menjual ubat dan peralatan ayam serta produk kami yang lain. Bagi kawan-kawan yang berdekatan yang pernah berkunjung ke kedai kami dahulu, mungkin ada yang tidak tahu bahawa kani telah memindahkan muka kedai kami sekarang melalui Taman Bunga Ros. Jika anda hendak ke kedai kami anda perlu mengikut dari Tmn Bunga Ros. Jangan marah kalau anda mendapati kedai kami ini selalu tutup, memang kami sentiasa menutup pintu kedai dan hanya membukanya sekiranya anda menghubungi saya dahulu atau berikan salam sekuat hati anda.... Nanti pintu akan terbuka dengan sendirinya macam gua Ali Baba. Kepada orang jauh, sebaiknya hubungi saya dahulu jika hendak melawat reban usang kami ini.... Selamat Datang ke JF Transit Farm JB.
Muka kedai kami di JF Transit Farm JB
Kena menyeberang sungai, kalau dulu kena pakai feri..
Keadaan dalaman kedai JF
Menjual produk kami..
Bon, Kotak, Ayam dsb
Tongkat Ali, Sangkar Antik, Baju Cap Ayam..
Jagoh-jagoh JF
Penunggu JF - Salleh Komando
Bahagian Jagoh-Jagoh JF
Bangsal Induk kami