Wednesday 26 December 2012

TKO 19x Mencari Tuan Baru

Jaguh Terunggul - TKO 19x untuk dujual. Dengan berat hati JF terpaksa mencari tuan baru bagi TKO 19x ini kerana ia sudah kurang produktif. Mungkin atas faktor umur dan terlalu banyak gamenya yang lalu, bakanya amat sukar untuk didapati sekarang. Peratusan telur yang menetas amat sedikit hanya 30% dan kekadang tidak menetas langsung. Dari segi kesihatannya amat baik tiada masalah @ sakit mahupun bobol atau sebagainya. Amat cergas dan aktif, berkokok dengan garang. Mungkin ia mahu berpindah tuan dan kalau rezeki anda baik ia akan menjadi ditangan anda. Kalau ada kawasan yang berumput, kampung dan dilepas bebas mungkin ia akan mula produktif semula.

TKO 19x ini rekodnya amat hebat dengan buah patah besarnya yang tidak terkalah. Pantang sekali jika musuh bagi sakit padanya, memang padah lah yang menanti kerana buah patah besarnya akan keluar kalau dia merasa sakit dan geram. Kemenangan dalam 1-3air sahaja dengan kesemua kemenangan knock out. Buah patahnya boleh keluar berturut  (Triple Knock Out).

Kepada yang berminat bolehlah memilikinya dengan hantaran maskahwinnya RM3500.00 TUNAIIII..... dengan syarat bakal tuan barunya sudah mengira akan risiko yang perlu ditanggung seperti yang telah kami jelaskan. Kalau tiada siapa yang sanggup biarlah ia di JF menjadi Pembaka Utama walaupun kurang produktivitinya. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.....


TKO 19x gambar terkini
SOLD!!!
Akhirnya TKO 19x telah menemui tuan barunya. Saya ucapkan selamat kepada En. Fadhil dan Jagoh TKO 19x semoga ia dapat membiakkan darah jagoh terunggul ini dengan lebih berjaya. Terima Kasih.